Wednesday, May 4, 2011

PM lancar laman web program rakan industri sukan

PUTRAJAYA 4 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalinkan kerjasama dengan tujuh pemain industri untuk Program Rakan Industri Sukan Malaysia (Prisma) bagi menjayakan 365 program Tahun Industri Sukan (TIS) 2011/2012.

Prisma membabitkan Telekom Malaysia Berhad, Westports Malaysia Sdn. Bhd., Media Prima Berhad, Redberry Sdn. Bhd., The Mines, Berjaya Hotels dan Nestle Berhad.

Usahasama itu diumumkan pada satu majlis khas sempena pelancaran laman web Bahagian Industri Sukan KBS iaitu www.sid.my yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Laman sesawang itu juga adalah laman rasmi untuk TIS 2011/2012 yang akan memuatkan berita tempatan dan antarabangsa berkaitan industri sukan, kalendar, program dan acara TIS. - Bernama

------------------------------------

Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan Tahun Industri Sukan kepada negara.

No comments:

Post a Comment