Wednesday, May 4, 2011

PANDUAN UMUM MENJAWAB BAHAGIAN C

Ramai calon yang tidak serius dalam menjawab bagaian ini. Walaupun satu soalan hanya membawa 10 markah (2 markah untuk soalan (i), dan 8 markah untuk soalan(ii)) namun, ada dua soalan yang perlu dijawab. Oleh itu bahagian ini membawa 20 markah keseluruhannya.

Jangan ada calon yang keliru dengan pemilihan soalan. 5(a) atau 5 (b), dan 6(a) atau 6(b). Ini bermakna, calon tidak boleh menjawab kedua-dua soalan 5 dan 6. Secara lebih mudah, satu soalan daripada soalan 5 dan satu soalan lagi daripada soalan 6. Tetapi tiada pula arahan yang menyatakan jika calon jawab soalan 5(a) maka mesti menjawab soalan 6(a). Begitulah seterusnya. Ingin saya tegaskan di sini tiada arahan sedemikian yang tersirat dalam soalan ini.

Soalan (i):

Anda diminta menjawab soalan ini dengan satu ayat sahaja. Ayat kedua dan seterusnya tidak akan disemak oleh pemeriksa. Justreu, jika anda keliru, anda tidak perlu meletakkan tanda noktah pada ayat anda itu, biarpun ayat tersebut panjang dan berjela-jela. Walau bagaimanapun soalan ini perlu mengambil frasa-frasa penting dalam petikan. Cuba elakkan menggunakan ayat dalam petikan bulat-bulat. Kombinasi frasa penting dan perkataan anda sendiri boleh memberi markah yang labih baik.

Soalan (ii):

pastikan ada dua isi dalam bahagian ini. Kedua-dua isi mesti dihuraikan dengan baik. Sebaik-baiknya setiap isi dalam satu perenggan. Sebaik-baiknya satu isi dan huraian dalam 25 patah perkataan. Jadi, dua isi serta huraian berjumlah 50 patah perkataan.

PM lancar laman web program rakan industri sukan

PUTRAJAYA 4 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalinkan kerjasama dengan tujuh pemain industri untuk Program Rakan Industri Sukan Malaysia (Prisma) bagi menjayakan 365 program Tahun Industri Sukan (TIS) 2011/2012.

Prisma membabitkan Telekom Malaysia Berhad, Westports Malaysia Sdn. Bhd., Media Prima Berhad, Redberry Sdn. Bhd., The Mines, Berjaya Hotels dan Nestle Berhad.

Usahasama itu diumumkan pada satu majlis khas sempena pelancaran laman web Bahagian Industri Sukan KBS iaitu www.sid.my yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Laman sesawang itu juga adalah laman rasmi untuk TIS 2011/2012 yang akan memuatkan berita tempatan dan antarabangsa berkaitan industri sukan, kalendar, program dan acara TIS. - Bernama

------------------------------------

Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan Tahun Industri Sukan kepada negara.